Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Mudah

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Mudah

Memang mudah, dan sedap. Kalau nak pikat hati bakal mak mertua bolehlah cuba ^_^ . 
Gerenti puas hati. Hehe. Okay let's start!



Bahan :

A) Bahan Kisar (P/S: saya blend dengan minyak masak sikit. Nanti tumis xyah isi minyak dah)
  • Bawang Besar - 1 biji
  • Bawang Putih - 3 ulas
  • Bawang Merah - 2 biji
  • Cili Padi - 7 batang (kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi)
  • Kunyit Hidup - 1 inci
B) Bahan
  • Serai - 2 batang
  • Santan - 1 kotak kecil
  • Ayam - potong dan gaul garam
  • Asam keping
  • Tomato / Kentang
Cara :
  1.  Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak
  2.  Masukkan ayam dan gaul sebati sampai nampak macam dah separuh masak
  3.  Masukkan santan. Kacau rata
  4.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. Seimbangkan dengan kuantiti santan anda ya. Jangan banyak sangat supaya kuah tak cair. 
  5. Campak Masukkan asam keping. Kalau kurang rasa boleh letak cuka sikit
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api. (P/S: Jika guna kentang masukkan lebih awal ya selepas santan)
At this stage, sis akan pastikan ayam tu dah half-cook
because kita taknak nanti dah siap dalam ayam tak masak okay

 

Kunyit hidup memang tak pernah mengecewakan ^_^