The Pyjamas

INTRO

ThePyjamas merupakan usaha sama antara saya dan jugak adik saya. Jenis perniagaan yang dipilih untuk The Pyjamas adalah shawl (known as  #theshOWL project) dan Blouse Muslimah yang mana sebagai permulaan, kami mencedok ilmu perniagaan dan online business dengan mendaftarkan diri sebagai dropshipper sah Deqoya Clothing.


Logo.
Taknak explain kenapa ia begitu.

Ok explain jugak lah part nama ThePyjamas tu.

Now get it? The idea pop up just like that. *ting

So ini lah dua beradik itu. Sekian intro. Lepas ni sambung bahagian product pula. Sis nak buat A&P sikit. ( Advertising and Promotion ). Chewah. Ingat, sis bukan hipstur. Tur Tur Tur 

Okay. So see you!


Harash Collection by Twentytwothings

Jom Berkenalan dengan Koleksi Harash !

Koleksi Harash menampilkan pakaian pakaian patuh Shariah sesuai untuk seisi keluarga.

Mengeluarkan T-shirt Muslimah dan Muslim, kemeja selesa, jubah dan juga blouse.

Apa yang menarik, Harash juga mengeluarkan pakain sedondon untuk anak lelaki dan anak perempuan, termasuk toddler !

Mari lihat satu per satu!


1. Keluarga Yasir

  • Nursing Friendly. Mudah jika nak menyusu
  • Wudhu’ Friendly
  • Ada side pocket tau. Senang puan nak simpan duit raya anak tak pun nak letak smartphone
  • Material : Peach Koshibu
  • Material memang sejuk, selesa, mudah digosok dan selesa
  • Baju kemeja ada poket di depan
  • Material ni memng tahan tau. Tak memeri dan tak jarang pulak tu.
  • Didatangkan dengan 4 warna menarik - (Purple/Mustard - Teal/Mustard - Blue/Mustard - Green/Mustard)







2. La' Famille



GSB Online Class

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


[Salam Jumaat Penuh Barakah]

First Time: Join class bisness online

Kalau ada ada terlihat mana mana post rakan anada yang ada hashtag #GSBonlineclass bermakna dia adalah salah seorang daripada anak buah / student Sifu Zuhra. Hehe Pss. Dia tak suka kita panggil dia sifu :P

Kenapa Join?
Sebab minat sangat nak berbisnes, dulu pernah hadir talk Dr. Azizan Osman (DAO) , bukan IMKK ye. Just a simple talk, but padat dengan pengisian yang Masha Allah, cukup mantap. DAO pesan, nak berbisnes MESTI ada MENTOR ! 

Wah, sejak hari itu, memang semagat berkobar kobar ni nak berguru dengan DAO. Tetapi aturan ALLAH lebih baik, belum ada kelapangan waktu, terdapat kekangan dan sebagainya, maka sampai hari ni belum berjaya join IMKK. Tapi itu tak bermakna, kita duduk diam tidak mencari guru. So ceritanya satu hari , ternampak satu post dari Sifu Zuhra yang dia willingly nak adakan kelas bisnes online, so apa lagi kita ni aa cepat cepat lah mendaftar diri. Maka sekarang saya sedang berguru dengan Sifu Zuhra . Yeay

Apa yang best sangat online class ni?
Memang best. Kalau nak cakap secara jujurnya, sebab kita dapat ilmu, with effortless. You get what I mean? Dia tak macam pergi kelas, bersiap siap , bawak buku, file, dan sebagainya, jalan sampai kelas, pay attention, tak boleh bercakap kat belakang salin notes, presentation dan sebagainya. (read: with full of laziness). Bukak je Whatsapp, hah macam mercun bola dumm dumm dumm ilmu masuk, Tengah buat thesis ke, tengah uli tepung ke tengah guling depan tv ke, tak kira, as easy as that. WEI sape taknakkkk. HAHA

BUT! 

The real truth is that, perkara yang you guys tak boleh lupa adalah ADAB BELAJAR. Okay, adab. So dalam #GSBOnlineClass ni, Zuhra tekankan adab which is, time kelas (ada timing tertentu) , korang kena pay full attention, duduk, tak boleh guling2 even ianya cuma di alam maya~~ , BUAT NOTES, and apply. And of course lah some involvement during class contoh macam respond apa yang diajar, give feedback, change opinions, lil bit discussion here and there, voicenote suara anak menangis, and buat HOMEWORK .

Paling penting, hormat cekgu keh.

Members?
This class terdiri daripada 30 students (bolehla dipanggil student kan) . And paling best pelbagai latar belakang, ada yang merupakan founder brand terkenal dengan humble nya masih mahu mencari ilmu  dan pelbagai lagi. So, masa nilah nak build network kan. Kenal orang , bergaul tak kira umur dan pangkat. Semua nya sudi berkongsi experience and knowledge yang mereka ada.

                                                         TO BE CONTINUED...

Resepi Labu Masak Lemak Cili Api Paling Mudah

My Forever Favourite.

Bahan:
  • Sayur labu  [kalau kecik, boleh guna sebiji. kalau besar macam kereta Cinderella tu belah separuh ]
  • Bawang besar [ Separuh ] , Bawang Merah [ 4 biji ] , Bawang Putih [ 1 biji ]
  • Cili padi [ 8 biji - boleh tambah sehingga 14 kalau suka pedas ]
  • Santan kotak kecil [ 1 kotak ]
  • Air
  • Sedikit kunyit dan garam
  • ++ Ikan Masin [ isi ]  <-- the best partner in crime untuk sayur labu. Mabeless~
Cara:
  1. Letak semua dalam periuk.
  2. Buka api. Kacau perlahan
  3. Tunggu sehingga labu masak [ kita tahu dia masak bila dia dah lembut ]
Pesanan Penaja
  1. Tak perlu minyak
  2. Tak perlu tumis bawang
" Magic can appear when you least expect it "

Let magic appear in your cooking. 
Credit:HanisahRazali

Must Visit .. Penang

Subjek Etnik , kami sekelas sebulat suara nekad untuk membuat lawatan sambil belajar ke Penang, sebagai one of our assesement. Yeah PULAU PINANG PULAU MUTIARA. Lecturer suruh plih buat assignment dengan buat academic trip. Dah sah sah lah kitorang pilih "academic trip". Celah mana akademiknya pun tak tahu lah, yang penting we all had fun. So much fun.

Orait. Straight to the BIG POINT. Mana nak pergi ni untuk this "huha huha" trip so called "academic trip" ?

So we went to:

#1 Haunted Penang War Museum : 060615Pagi

See. How much fun we had. Obviously.
Ha see. Saje letak adjective haunted dekat depan, baru la nampak thrill sikit perjalanan tu kan. But this place seriously haunted, sila kuat semangat bagi yang bercadang untuk masuk. 

Sebabnya tempat ni merupakan tapak sejarah zaman penjajahan Jepun dulu. So ada tempat penggal kepala orang, tempat tahanan kena tembak dengan kesan bullet pada dinding, meriam bom atom dan sebagainya lah. Even kitorang experience macam mana orang dulu lalu dalam satu lorong sempit and gelap, kira macam laluan rahsia la, terpaksa merangkak memanjat nak boleh sampai tu ha. Yang pakai kain pun sama nak jugak merangkak apa bagai. 

Ah belasah jelah. Asal boleh. Alhamdulillah, kami semua kuat semangat. 

P/S : Top 10 Haunted Place listed by National Geographic Channel

One of the creepy creatures inside. Pokemon betul la!



#2 Line Clear Nasi Kandaq : 060615Tengahari


Dah dengaq cite hantu, cite potong potong badan tadi, apa lagi , lapaq. mesti mau makan punya. Dah kalau sampai Penang, tak sah la kalau tak pekena Nasi Kandaq ye tak. So we choose Line Clear (one of the famous Nasi Kandaq restaurant here)

Nama ja Line Clear tapi line tak clear langsung, punya panjang beratuq nuh. Tapi memang puaih hati orang utagha kata. Cenggini ha (Y) <--- Thumbs up zaman la.


LINE CLEAR Tiada Cawangan Lain. The one and only okay !
#3 Mansion Home / Rumah Peranakan Penang : 060615PetangSikit

Lepas je dah pekena Nasi Kandaq tak sat tadi, kami pun meneruskan perjalanan (jalan kaki hockay) kerana kami rasa kami sangat gagah gigih, menggunakan Waze , bertanya pada local people, mana letaknya Rumah Peranakan ni. Sepanjang perjalanan di bawah terik matahair tu, dapatlah melihat cultures and art (street art) di kawasan sekitar sambil berkata di dalam hati " Ini kalau tempat ni tak best memang la, sia sia berjalan kaki ni"

And sebaik sampai sahaja, melangkah masuk, terbit lah " Oh my goodness, it's worth it" Berjalan kaki sejauh mana pun ceq sanggup because the value being one of the visitor here, is valuable and incomparable to any other places. Ha nampak tak level ke-best-an dia tu, hang tak caya hang pi tengok.

Ada this one guy ditugaskan untuk bagi penerangan sambil melawat kawasan sekitar rumah yang penuh bersejarah yang akan buat hangpa ternganga dan terlopong. Kalau nak cite panjang, berminat nak tahu, boleh PM tepi. 
That guy.

Us with amazed look. Lihat betapa gah nya rumah tersebut.

#4 Museum 3D : 060615Petang


Nak nasihat ni je .
  1.  Jangan pergi waktu public holiday / peak season
  2. Kalau tak minat bergambar baik elakkan . 
Why ? Sebab motif orang yang masuk dalam ni hanya untuk bergambar. No point kalau kau masuk, camera tarak battery. Tarapappa. Rugi tiket. And boleh imagine macam mana nak ambik gambar kalau orang dok bersesak nak amik gambar dekat art and angle yang sama. So elak peak season. 

That's it.
Sikit la belanja . 


#5 Queensbay Mall, Penang : 060615Malam

It's just a mall. Bersebelahan dengan laut. Pergi tepi tu you guys boleh nampak Pulau Pinang yang sebelah sana. Ha faham kan. Yang kami pi ni yang sebelah pulau . Hala yang naik Penang Bridge tu. 

Boleh la pergi untuk window shopping , makan makan and tengok wayang. We watched Insidious Chapter 3 here.  


We prefer to eat outside the mall, mengadap lautan semetara menunggu movie time ! 

#6 Penang Hill : 070615Pagi


Beli tiket. Beratuq nak naik train. Train ni laju gila bak hang. Going up the hill. Sampai atas tu ada lah mangga mangga tu so called LOVE LOCK . Kalau rasa jodoh payah tu boleh lah lock nama crush hangpa kat ataih ni. Nak jimat budget bawak padlock siap siap dari rumah. Nak jimat lagi, guna mangga locker hangpa, lebih afdol.

The End.


Ta'aruf ^_^

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.

Hai. Hai kepada siapa? Kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang membaca atau terbaca atau tersinggah atau terjumpa, atau terklik blog ini.

Saya AA. Saya pernah menulis blog sebelum ini. Waktu itu zaman sekolah. (Sekarang sudah tahun akhir degree. Alhamdulillah). Blog pertama, sudah di delete kerana merasakan tiada keperluan, dan sewaktu menulis dulu pun hanya  mencuba cuba sahaja, ikut kawan. Blog kedua juga di delete sebab blog tu diwujudkan utk memenuhi syarat Pertandingan Blog Peringkat Daerah Pekan suatu masa dahulu. So lepas dah dapat sijil, blognya dibuang. Bagaikan habis madu sepah di buang ha gitchuu. 
"Jangan takut untuk bersinar dan memberi sinar"

Q: Jadi kenapa menulis semula?
A: Sebab sekarang sudah tua (23 tahun), jadi rasanya banyak pengalaman, asam garam, pahit manis yang dilalui, yang ingin dicoretkan dan dikongsikan

Q: Aim blog kali ini?
A: Tujuan menulis kali ini sebab jiwa rasa sesak, nafas rasa tersekat, terlalu banyak yang nak diluahkan, yang nak diberitahu pada kawan-kawan terutama adik-adik  tentang realiti hidup, bagaimana menghadapinya, cara saya :)

Q: Kenapa "first time for everything" ?
A: Sebenarnya, ianya terinsipirasi setelah menonton Filem Cinderella : Once Upon A Song, di mana ada satu part seorang pelakon ni (tak tahu siapa nama), she said "first time for everything,right" . And that quotes melekat dalam kepala otak smpai hari ini dan secara tak sedar that quotes jugalah yang menggagahkan diri ini melakukan sesuatu yang tak pernah aku buat. Menjadi tabah di luar jangkaan aku sendiri. Dan aku realized mungkin itu salah satu cara ALLAH tunjuk jalan bagi aku, supaya dipermudahkan segalanya. 

Q: Kenapa guna nama "sisbukanhipstur" ?
A: Ini secara tak sengaja. Try macam macam nama but then semua yang dihajati tak available. Then tetibe teringat, ada some of my friends yang suka sangat panggil aku 'sis hipstur' bila aku post gambar yang acah acaaah lawa dengan filter yang tebal seinchi. HAHA. So, utk menafikan ke-hipsturan ku itu, terbitlah 'sisbukanhipstur' ini dan memang tergelak sorang lah aku bila this name unexpectedly AVAILABLE. haih. Macam macam.

Q: Apakah antara content dan tema yang nak dibawa?
A: Banyak content yang terfikir dalam kepala otak ni, tapi rasanya aku akan cuba fokus utk share experience and deliver message beserta moral yang boleh di ambil and maybe a bit caution what do and dont's. In Shaa Allah

Q: Harapan?
A: This time around, I really hope this blog will help those yang tengah patah semangat kat luar sana, yang sedang buntu mencari jalan, Berharap agar sedikit penulisan dan perkongsian ini menjadi asbab anda diluar sana peroleh semangat, bina jati diri dan tampil lebih yakin dengan diri. Bukan ingin jadi keyboard warrior, cuma sedikit sharing yang bermanfaat. in shaa Allah, moga dipermudahkan.Amin



Man Jadda Wa Jadda Wa Man Zara'a Hasoda