Ta'aruf ^_^

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.

Hai. Hai kepada siapa? Kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang membaca atau terbaca atau tersinggah atau terjumpa, atau terklik blog ini.

Saya AA. Saya pernah menulis blog sebelum ini. Waktu itu zaman sekolah. (Sekarang sudah tahun akhir degree. Alhamdulillah). Blog pertama, sudah di delete kerana merasakan tiada keperluan, dan sewaktu menulis dulu pun hanya  mencuba cuba sahaja, ikut kawan. Blog kedua juga di delete sebab blog tu diwujudkan utk memenuhi syarat Pertandingan Blog Peringkat Daerah Pekan suatu masa dahulu. So lepas dah dapat sijil, blognya dibuang. Bagaikan habis madu sepah di buang ha gitchuu. 
"Jangan takut untuk bersinar dan memberi sinar"

Q: Jadi kenapa menulis semula?
A: Sebab sekarang sudah tua (23 tahun), jadi rasanya banyak pengalaman, asam garam, pahit manis yang dilalui, yang ingin dicoretkan dan dikongsikan

Q: Aim blog kali ini?
A: Tujuan menulis kali ini sebab jiwa rasa sesak, nafas rasa tersekat, terlalu banyak yang nak diluahkan, yang nak diberitahu pada kawan-kawan terutama adik-adik  tentang realiti hidup, bagaimana menghadapinya, cara saya :)

Q: Kenapa "first time for everything" ?
A: Sebenarnya, ianya terinsipirasi setelah menonton Filem Cinderella : Once Upon A Song, di mana ada satu part seorang pelakon ni (tak tahu siapa nama), she said "first time for everything,right" . And that quotes melekat dalam kepala otak smpai hari ini dan secara tak sedar that quotes jugalah yang menggagahkan diri ini melakukan sesuatu yang tak pernah aku buat. Menjadi tabah di luar jangkaan aku sendiri. Dan aku realized mungkin itu salah satu cara ALLAH tunjuk jalan bagi aku, supaya dipermudahkan segalanya. 

Q: Kenapa guna nama "sisbukanhipstur" ?
A: Ini secara tak sengaja. Try macam macam nama but then semua yang dihajati tak available. Then tetibe teringat, ada some of my friends yang suka sangat panggil aku 'sis hipstur' bila aku post gambar yang acah acaaah lawa dengan filter yang tebal seinchi. HAHA. So, utk menafikan ke-hipsturan ku itu, terbitlah 'sisbukanhipstur' ini dan memang tergelak sorang lah aku bila this name unexpectedly AVAILABLE. haih. Macam macam.

Q: Apakah antara content dan tema yang nak dibawa?
A: Banyak content yang terfikir dalam kepala otak ni, tapi rasanya aku akan cuba fokus utk share experience and deliver message beserta moral yang boleh di ambil and maybe a bit caution what do and dont's. In Shaa Allah

Q: Harapan?
A: This time around, I really hope this blog will help those yang tengah patah semangat kat luar sana, yang sedang buntu mencari jalan, Berharap agar sedikit penulisan dan perkongsian ini menjadi asbab anda diluar sana peroleh semangat, bina jati diri dan tampil lebih yakin dengan diri. Bukan ingin jadi keyboard warrior, cuma sedikit sharing yang bermanfaat. in shaa Allah, moga dipermudahkan.Amin



Man Jadda Wa Jadda Wa Man Zara'a Hasoda