|
Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang |
[Salam Jumaat Penuh Barakah]
First Time: Join class bisness online
Kalau ada ada terlihat mana mana post rakan anada yang ada hashtag #GSBonlineclass bermakna dia adalah salah seorang daripada anak buah / student Sifu Zuhra. Hehe Pss. Dia tak suka kita panggil dia sifu :P
Kenapa Join?
Sebab minat sangat nak berbisnes, dulu pernah hadir talk Dr. Azizan Osman (DAO) , bukan IMKK ye. Just a simple talk, but padat dengan pengisian yang Masha Allah, cukup mantap. DAO pesan, nak berbisnes MESTI ada MENTOR !
Wah, sejak hari itu, memang semagat berkobar kobar ni nak berguru dengan DAO. Tetapi aturan ALLAH lebih baik, belum ada kelapangan waktu, terdapat kekangan dan sebagainya, maka sampai hari ni belum berjaya join IMKK. Tapi itu tak bermakna, kita duduk diam tidak mencari guru. So ceritanya satu hari , ternampak satu post dari Sifu Zuhra yang dia willingly nak adakan kelas bisnes online, so apa lagi kita ni aa cepat cepat lah mendaftar diri. Maka sekarang saya sedang berguru dengan Sifu Zuhra . Yeay
Apa yang best sangat online class ni?
Memang best. Kalau nak cakap secara jujurnya, sebab kita dapat ilmu, with effortless. You get what I mean? Dia tak macam pergi kelas, bersiap siap , bawak buku, file, dan sebagainya, jalan sampai kelas, pay attention, tak boleh bercakap kat belakang salin notes, presentation dan sebagainya. (read: with full of laziness). Bukak je Whatsapp, hah macam mercun bola dumm dumm dumm ilmu masuk, Tengah buat thesis ke, tengah uli tepung ke tengah guling depan tv ke, tak kira, as easy as that. WEI sape taknakkkk. HAHA
BUT!
The real truth is that, perkara yang you guys tak boleh lupa adalah ADAB BELAJAR. Okay, adab. So dalam #GSBOnlineClass ni, Zuhra tekankan adab which is, time kelas (ada timing tertentu) , korang kena pay full attention, duduk, tak boleh guling2 even ianya cuma di alam maya~~ , BUAT NOTES, and apply. And of course lah some involvement during class contoh macam respond apa yang diajar, give feedback, change opinions, lil bit discussion here and there, voicenote suara anak menangis, and buat HOMEWORK .
Paling penting, hormat cekgu keh.
Members?
This class terdiri daripada 30 students (bolehla dipanggil student kan) . And paling best pelbagai latar belakang, ada yang merupakan founder brand terkenal dengan humble nya masih mahu mencari ilmu dan pelbagai lagi. So, masa nilah nak build network kan. Kenal orang , bergaul tak kira umur dan pangkat. Semua nya sudi berkongsi experience and knowledge yang mereka ada.
TO BE CONTINUED...