Resepi Nasi Ayam Paling Mudah

Nasi Ayam Kelly

Kebiasaannya nasi ayam ni orang masak pakai air rebusan ayam. Tapi sis guna sup ayam. Rasa dia lebih umphh. InshaAllah. Hehe

Sebelum tu, perlu tahu resepi nasi ayam terbahagi kepada 4 bahagian penting :
 {1} Of course the Ayam
 {2} The Sup [slurpp]
 {3} The Nasi itself
 {4} Sambal [kalau takdak hat ni memang tak umph] 
       ++ Kicap [untuk pastikan pok hang tambah 2-3 kali na]

Okay, let's start one by one. Ikut susunan. Demi memastikan dapur tak tunggang langgang 😳

Ayam

Bahan :
  •  Ayam [Beli ayam sekor , suruh abang tu kerat 4 siap2]
  •  Kicap Manis
  •  Garam + Gula
  •  Halia - 1 inchi , diracik

Cara :
 1. Rebus ayam dalam periuk. Air biar banyak melimpah  penuh periuk takpe.
 2. Perap ayam yang dah direbus tadi dengan kicap dan halia
 3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula
 4. Setelah perap, goreng ayam dalam minyak banyak [tenggelam ayam]
 5. Kerat ayam kepada bahagian kecil

Pesanan penaja :
1. Perap lebih setengah jam
2. Air rebusan ayam jangan dibuang
3. Biasanya sis goreng ayam last skali lepas dah siap sambal ^_^


Sup

Bahan :
  • Sup Bunjut Adabi - 2 ketul
  • Bawang merah - 5 biji
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Halia - seinci diketuk
  • Lada hitam
  • Air rebusan ayam tadi
Cara :
 1. Tumis dulu bawang dan halia tadi dalam kuali asing
 2. Dah siap tumis sampai naik bau dan kekuningan, campak dalam air rebusan ayam tadi.
 3. Masukkan sup bunjut dan perasakan dengan garam.
 4. Rasa dah okay, tutup api

Pesanan penaja :
 1. Sup kena buat banyak , sebab kita guna sup untuk sambal dan nasi ayam juga. So kalau air rebusan ayam tu tak cukup , boleh tambah air ya ^_^
 2. Jangan masukkan dulu lada hitam sebab kita nak masak nasi guna sup ni. Takut pedas pulak nasi hangpa satgi . hihi

Nasi

Bahan :
  • Beras - 4 pot
  • Sup Ayam [biasa orang guna air rebusan ayam, sis rare sikit]
  • Bawang Merah - 7 biji
  • Buwang Putih - 6 ulas
  • Halia - 1 1/2 inch
  • Majerin
  • Kunyit

Cara :
 1. Tumis bawang merah, putih dan halia yang sudah di blend menggunakan majerin
 2. Basuh beras dengan Bismillah dan selawat, dalam hati niat ikhlas kerana Allah *mudah-mudahan sedap :P
 3. Masukkan bahan tumisan sekali dengan majerin majerin tu kedalam beras
 4. Masukkan sup ayam , sukatan sama seperti masak nasi biasa [jaga2 sup panas]
 5. Masukkan kunyit [ikut suka nak kuning mana nasi tu] plus garam sikit
 6. Gaul semua bahan dalam periuk tu kasi rata dan boleh masak nasi tersebut


Sambal

Bahan :
  • Lada besar merah - 6-7 biji
  • Tomato - 1 biji
  • Cuka - 2 sudu
  • Sup Ayam - 2 sudu
  • Garam
Cara :
 1. Blend semua bahan
 2. Siap


Kicap 

Guna lebihan kicap dari ayam yang diperap.

Hasilnya seperi dibawah ni !

Sorry lupa ambil gambar nasik nya . :P

Pandai pandai la yek hias !