Orait. Straight to the BIG POINT. Mana nak pergi ni untuk this "huha huha" trip so called "academic trip" ?
So we went to:
#1 Haunted Penang War Museum : 060615Pagi
Ha see. Saje letak adjective haunted dekat depan, baru la nampak thrill sikit perjalanan tu kan. But this place seriously haunted, sila kuat semangat bagi yang bercadang untuk masuk.
Sebabnya tempat ni merupakan tapak sejarah zaman penjajahan Jepun dulu. So ada tempat penggal kepala orang, tempat tahanan kena tembak dengan kesan bullet pada dinding, meriam bom atom dan sebagainya lah. Even kitorang experience macam mana orang dulu lalu dalam satu lorong sempit and gelap, kira macam laluan rahsia la, terpaksa merangkak memanjat nak boleh sampai tu ha. Yang pakai kain pun sama nak jugak merangkak apa bagai.
Ah belasah jelah. Asal boleh. Alhamdulillah, kami semua kuat semangat.
P/S : Top 10 Haunted Place listed by National Geographic Channel
![]() |
One of the creepy creatures inside. Pokemon betul la! |
#2 Line Clear Nasi Kandaq : 060615Tengahari
Dah dengaq cite hantu, cite potong potong badan tadi, apa lagi , lapaq. mesti mau makan punya. Dah kalau sampai Penang, tak sah la kalau tak pekena Nasi Kandaq ye tak. So we choose Line Clear (one of the famous Nasi Kandaq restaurant here)
Nama ja Line Clear tapi line tak clear langsung, punya panjang beratuq nuh. Tapi memang puaih hati orang utagha kata. Cenggini ha (Y) <--- Thumbs up zaman la.
#3 Mansion Home / Rumah Peranakan Penang : 060615PetangSikit
Lepas je dah pekena Nasi Kandaq tak sat tadi, kami pun meneruskan perjalanan (jalan kaki hockay) kerana kami rasa kami sangat gagah gigih, menggunakan Waze , bertanya pada local people, mana letaknya Rumah Peranakan ni. Sepanjang perjalanan di bawah terik matahair tu, dapatlah melihat cultures and art (street art) di kawasan sekitar sambil berkata di dalam hati " Ini kalau tempat ni tak best memang la, sia sia berjalan kaki ni"
And sebaik sampai sahaja, melangkah masuk, terbit lah " Oh my goodness, it's worth it" Berjalan kaki sejauh mana pun ceq sanggup because the value being one of the visitor here, is valuable and incomparable to any other places. Ha nampak tak level ke-best-an dia tu, hang tak caya hang pi tengok.
Ada this one guy ditugaskan untuk bagi penerangan sambil melawat kawasan sekitar rumah yang penuh bersejarah yang akan buat hangpa ternganga dan terlopong. Kalau nak cite panjang, berminat nak tahu, boleh PM tepi.
![]() |
That guy. |
Us with amazed look. Lihat betapa gah nya rumah tersebut. |
#4 Museum 3D : 060615Petang
Nak nasihat ni je .
- Jangan pergi waktu public holiday / peak season
- Kalau tak minat bergambar baik elakkan .
Why ? Sebab motif orang yang masuk dalam ni hanya untuk bergambar. No point kalau kau masuk, camera tarak battery. Tarapappa. Rugi tiket. And boleh imagine macam mana nak ambik gambar kalau orang dok bersesak nak amik gambar dekat art and angle yang sama. So elak peak season.
That's it.
![]() |
Sikit la belanja . |
#5 Queensbay Mall, Penang : 060615Malam
It's just a mall. Bersebelahan dengan laut. Pergi tepi tu you guys boleh nampak Pulau Pinang yang sebelah sana. Ha faham kan. Yang kami pi ni yang sebelah pulau . Hala yang naik Penang Bridge tu.
Boleh la pergi untuk window shopping , makan makan and tengok wayang. We watched Insidious Chapter 3 here.
![]() |
We prefer to eat outside the mall, mengadap lautan semetara menunggu movie time ! |
#6 Penang Hill : 070615Pagi
Beli tiket. Beratuq nak naik train. Train ni laju gila bak hang. Going up the hill. Sampai atas tu ada lah mangga mangga tu so called LOVE LOCK . Kalau rasa jodoh payah tu boleh lah lock nama crush hangpa kat ataih ni. Nak jimat budget bawak padlock siap siap dari rumah. Nak jimat lagi, guna mangga locker hangpa, lebih afdol.
![]() |
The End. |